Make your own free website on Tripod.com

ARTIKEL

 

DEBUAN ANGKASA

Oleh : ibnu_ali

22/07/2006

 

Imej kredit : Don Goldman

 

Kita hidup di alam semesta yang dipenuhi oleh jutaan galaksi. Bayangkanlah betapa besarnya alam semesta kita ini kerana susunan galaksi ini adalah berkedudukan dipanggil berongga (spongy) yang bermaksud ruang antara galaksi-galaksi adalah jauh. Selain dari galaksi, alam ini juga depenuhi dengan kumpulan awan gas dan juga habuk-habuk angkasa.

Habuk angkasa yang disebutkan di sini bukanlah seperti yang ada di rumah kita. habuk atau debuan angkasa ini sering kali dipanggil sebagai jirim gelap (dark matter) dalam istilah astronomi. Jirim gelap ini dapat dilihat dalam imej di atas telah  membahagikan awan gas (nebulae) di selatan ini kepada dua iaitu nebula Amerika Utara (North American Nebulae) dan juga nebula Burung Undan (Pelican Nebulae).

Jirim gelap ini dinamakan bersempena sifatnya yang meyerap cahaya dari dilihat dari mata kasar kita. Jirim inilah yang menutup sebahagian galaksi Bima Sakti pada pandangan dari  bumi. Jirim gelap ini telah menyebabkan kekiluruan para saintis dahulu dalam menentukan bentuk galaksi kita. Dengan kemajuan teleskop terkini yang mampu mengumpul data bintang yang berada di balik jirim gelap, membawa kepada penemuan rupa sebenar galaksi kita, iaitu dari bentuk berpilin (spiral galaxy) kepada bentuk berpilin berbar (barred spiral galaxy)

 

                                                                                                                                                         

Jika ada pendapat, komen, sumbangan, hebahan dan sebagainya, hantarkan kepada kami di pautan Hubungi Kami

http://astromas.tripod.com