BULAN SATU KEAJAIBAN
Oleh:Astrowan
Bulan merupakan satu objek yang amat dikenali ramai. Kecantikan
dan kecerahannya amat memukau bagi sesiapa yang melihatnya. Pengaruhnya kepada bumi juga amat penting, tanpa bulan tiadalah
pasang surut air laut serta kejadian gerhana bulan dan matahari.
Sejak beberapa dekad ini terdapat banyak penemuan
terbaru tentang bulan. Dengan adanya pelbagai jenis robot dan peranti elektronik yang maju maka dapatlah, yang jika selama
ini hanya rahsia alam maka dapat dirungkaikan satu persatu.
Pada 16 julai 1994 sebuah fenomena yang memukau disaksikan oleh penduduk dunia. Fenomena tersebut ialah hentaman komet
Shoemaker Levy 9 merempuh planet musytari. Salah seorang ahli astronomi yang menemuinya ialah Eugene Shoemaker. Namun jangka
hayatnya tidak lama, pada 18 Julai 1997 beliau dan isterinya ketika dalam perjalanan di Alice Spring, terlibat dalam kemalangan menyebabkan Eugene terbunuh.
Selepas kemalangan itu mayat beliau dibakar dan abunya dibawa pulang ke Amerika Syarikat. Kemudian ditempatkan dalam
satu bekas abu mayat polikarbonate yang dikeluarkan oleh Celestis iaitu sebuah syarikat Amerika Utara yang berharap dapat
mempopularkan upacara pengkebumian di angkasa lepas pada masa hadapan. Bekas abu mayat beliau ditempatkan di sebuah kapal
angkasa Lunar Prospector. Ia dilancarkan pada 6 January 1998 yang mengambil masa perjalanan sejauh 250,900 batu ke bulan.
18 bulan kemudian kira-kira 31 Julai Lunar Prospector di matikan di sebuah daratan berdekatan South Pole. Maka dengan ini,
Eugene Shoemaker telah menjadi manusia pertama dikebumikan di bulan.
Selain itu pada 21 December 1999 bulan pada masa tersebut bulan merupakan yang terbesar dan tercerah di dalam masa
130 tahun. Ini bermakna sewaktu kejadian tersebut tiada manusia yang masih hidup dapat melihat fenomena yang sama. Ini terjadi
kerana tiada orbit planet mahupun bulan yang berbentuk bulatan iaitu dikenali sebagai 'elips'
Tahukah anda pada setiap bulan penuh pada tiap-tiap bulan tidak sama antara satu sama lain. Yang penulis maksudkan
bukan perbezaan fasa bulan tetapi bulan purnama. Terdapat 5 perbezaan bulan. Yang pertama ialah bulan synodical iaitu berusia
29.32166 hari dan kedua bulan sidereal iaitu berusia 27.32166 hari. Perbezaan antara synodical dan sidereal ialah perbezaan
antara bulan dan bumi ketika bergerak mengelilingi matahari hanya 27 darjah sahaja.Dan yang ketiga iaitu bulan tropical iaitu
hayatnya kurang sedikit daripada bulan sidereal hanya berusia 27.32158 hari. Bulan ini dikenali sebagai bulan tropical kerana
pada ketika itu bulan berada di tengah-tengah matahari pada tengah hari di Greenwich, Britain pada march 21. tambahan pula siang dan malam adalah sama pada ketika itu juga dikenali sebagai 'Musim Spring Ekuinoks'
Yang keempat pula dikenali sebagai bulan anomalistic iaitu selama berusia 27.5545 hari. Dan yang terakhir ialah bulan
Nodical yang merupakan yang terpendek antara kesemua bulan iaitu berusia 27.2122 hari.
Mungkin ramai yang mengimpi-impikan pada suatu hari kita dapat menginap dan tinggal dibulan. Walaupun magnitude kecerahan
bulan jika dicerap dari bumi disekitar -12.74, tetapi suhunya agak melampau jika dibandingkan di bumi.
Bumi kita dikelilingi oleh lapisan atmosfera yang boleh mengawal suhu permukaan bumi supaya tidak berubah secara mendadak.
Tetapi di bulan tidak mempunyai atmosfera maka ia mengalami penambahan suhu yang amat besar. Suhu permukaan bulan pada siang
hari mencecah 107 darjah selsius manakala pada waktu malam pula mencecah -153 darjah selsius.
Melalui pencerapan dengan penggunaan teleskop moden dan penjelajahan bulan banyak maklumat dan pengetahuan mengenai
permukaan bulan telah diperolehi seperti kawah,banjaran,maria,dan kubah.
Kawah terbesar ialah Bailly mempunyai lebar 295 km dan kedalaman 3960 km. manakala Maria yang terbesar adalah Maria
Imbrium ( Sea Of Rains ) dengan lebar 1200 km. Gunung tertinggi pula ialah Leibnitz dan Doerfel berhampiran kutub selatan
bulan mempunyai ketinggian 6100 km.
Bagaimanapun bulan begitu kecil jika dibandingkan dengan bintang-bintang atau planet-planet yang lain kerana kedudukan
terdedah sekali dengan bumi. Pada pandangan kita saiz bulan adalah sama besar dengan matahari tetapi sebenarnya matahari adalah
400 kali lebih besar daripada bulan dan 400 kali lagi jauh daripada bumi ke bulan.
UFO DI BULAN.
Sejak penerokaan Neil Armstrong dan rakannya sehinggalah sekarang pada
tahun 2005 pelbagai petunjuk dan penemuan yang menarik yang sering dikaitkan dengan UFO telah terjadi di bulan.
Seringkali penemuan objek-objek sedemikian menimbulkan
pro dan kontranya kepada semua umat manusia. Tidak kira pelbagai had umur dan kepercayaan pelbagai tafsiran dibuat mengenai
fenomena ini.
Apa yang menarik tentang penemuan UFO atau makhluk asing di angkasa raya kita ialah ia mestilah suatu objek yang kabur
dan tidak dapat ditafsirkan apakah klasifikasi objek tersebut ke atas gambar itu. Seringkali ianya terjadi disebabkan tafsiran
semua manusia bahawa alam yang terbentang luas mesti ada yang hidup di salah satu ruang ini. Ini akan saya bincangkan pada
keluaran yang akan datang tentang saiz dan kedudukan kita di alam semesta.
Di sini ada sedikit pengalaman seorang ahli angkasawan
Major Gordon Cooper yang telah terpilih menjadi Angkasawan Mercury pada April 1959 dan merupakan orang Amerika yang terakhir
terbang di angkasa berseorangan. Pada 15 dan 16 May sekitar 34 jam dan 20 minit, iaitu orbitnya yang terakhir sebelum kembali
semula ke bumi Major Gordon Cooper memberitahu bahawa dia ternampak sebuah objek marak,berkilat dan berputar seperti kapsul.
Kejadian ini dilaporkan kepada National Broadcast Company. Kejadian ini juga mengubah tanggapan kepada Major Gordon supaya
mempercayai UFO-ASTROWAN