Make your own free website on Tripod.com

banner.jpg

Gerhana Bulan Separa pada 8 September ini!

Utama
Kelab Astronomi
Artikel
Astrofotografi
Fenomena
Aktiviti
Pautan
Peta Bintang

gaerhana_separa.jpg

 Pada 7 hb September ini, jika anda keluar dari rumah pada waktu malam, pasti anda akan terpesona dengan keindahan bulan penuh yang menyinari langit malam. Kemudian anda masuk melakukan sebarang kerja atau tidur sebentar. kemudian anda keluar rumah sekitar pukul 2 pagi, eh.....bulan sudah bertukar menjadi bulan separuh. Pelik Bukan? Sebenarnya pada awal pagi 8 hb ini, kita akan dapat meyaksikan peristiwa gerhana bulan separa.

 Gerhana bulan separa terjadi apabila bulan memasuki separuh  bayang matahari, maka hanya sebahagian sahaja bulan akan menjadi gelap.

 Bulan yang pada awalnya adalah bulan penuh akan mula memasuki bayang penumbra bulan pada pukul 12.46am pada 8 hb September. Namun dinasihatkan di sini, perbezaan kontras warna ketika bulan memasuki bayang penumbra adalah sangat kecil, jadi anda mungkin tidak dapat membezakannya ketika ini berlaku. Kemudian bulan akan mula memasuki bayang umbra pada pukul 02.08 am (rajah 1). Ketika ini bulan yang asalnya adalah bulan penuh akan kelihatan sebagai bulan separa sahaja kerana bumi telah menghalang cahaya matahari dari mengenai permukaan bulan.Bulan akan berada di pertengahan gerhana pada pukul 02.52 am dan mula meninggalkan bayang umbra pada pukul 03.37am.

 Jika anda belum pernah melihat fenomena gehana bulan, maka inilah peluang yang anda tidak perlu lepaskan. Semoga ini dapat membantu anda.-ASTROMAS