Make your own free website on Tripod.com

banner.jpg

Alam semesta sepatutnya lebih besar

Utama
Kelab Astronomi
Artikel
Astrofotografi
Fenomena
Aktiviti
Pautan
Peta Bintang

2006-0807galaxy.thumbnail.jpg

Kredit Gambar : NASA/JPL-Caltech/GALEX
 
 Ahli astronomi baru-baru ini telah mengira jarak relatif antara galaksi M33, lebih dikenali sebagai Triangulum Galaxy, adalah 15 % lebih jauh dari apa yang dijangka sebelum ini. Analisis ini dibuat setelah menggunakan beberapa buah teleskop.
 
 Sebelum ini, pengiraan jarak sesuatu objek alam semesta diukur menggunakan ketetapan Hubble (Hubble Constant) yang diasaskan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929.
 
 Pada tahun awal pengenalan ketetapan Hubble, ia mendapat tentangan ramai ahli saintis tentang nilai sebenar yang diperolehi. Tetapi ketetapan Hubble ini kemudiannya mula diterima pada tahun 1950-an.
 
 Ini bermakna, kebanyakan jarak objek lain di alam semesta yang dikirasebelum ini adalah tidak tepat! Ini membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini adalah sepatutnya 15 peratus lebih besar dari jangkaan kita sebelum ini.
 
 Ketetapan Hubble sudah pasti akan diubah suai atau bakal digantikan dengan teori lain, namun ini pasti akan memakan masa.-ASTROMAS

We may make past editions of the newsletter available for download.