31 Ogos ini kita akan menyambut hari kemerdekaan. Peristiwa bersejarah ini juga akan disertai dengan
peristiwa astronomi yang amat rugi jika ditinggalkan iaitu Peristiwa hujan meteor Perseids pada 12 Ogos ini. Peristiwa
ini merupakan antara hujan meteor yang hebat selain hujan meteor Geminids. Peristiwa sebegini sudah
tentu menjadi kerugian yang amat besar bagi mereka yang tertinggal untuk melihat pertunjukan bunga api ciptaan alam ini. Dijangkakan
pada waktu kemuncak, kita akan dapat melihat sehingga 100 biji meteor (atau lebih dikenali sebagai tahi bintang). Kadar
purata kelajuan meteor kali ini adalah sekitar 59km sejam.
Untuk melihat peristiwa ini, anda hanyalah memerlukan sepasang mata yang baik, tempat untuk berbaring dan segelas
kopi panas yang akan menemani anda sepanjang malam. Halakan saja pandangan anda ke arah langit timur, dan pasti anda akan
terhibur malam itu. Tiada teleskop dan binokular diperlukan. Ini adalah kerana kelajuan meteor yang tinggi sudah pasti tidak
mampu untuk dikejar dan dijangkakan menggunakan dua alatan di atas.
Peristiwa hujan meteor berlaku apabila planet bumi melalui orbit komet/asteroid. Disebabkan apabila komet atau
asteroid mengorbit berdekatan matahari, nyalaan suria akan mengewapkan objek tadi menyebabkan serpihan batuan yang terdapat
dalam komet/asteroid tertinggal di laluan orbitnya. Maka apabila planet bumi melanggar orbit komet/asteroid
tadi, serpihan batuan di orbit tersebut akan masuk ke atmosfera bumi dan akan terbakar dan akan dilihat sebagai
jaluran cahaya dari bumi.
Kadar puurata saiz setiap batuan angkasa yang masuk itu adalah sebesar bola keranjang. Kebanyakan darinya akan
habis terbakar sebelum ia sempat mencecah permukaan bumi
NOTA
Kepada pencinta falak sekelian. Peristiwa hujan meteor perseids
yang akan mencapai kemuncaknya malam ini
tidaklah akan menjadi menghiburkan seperti yang diharapkan. Bulan yang terang akan menjadi gangguan utamaapabila ia akan timbul
dari ufuk timur pada jam 7.13 minit petang ini.
Disebabkan Bulan yang akan timbul hari ini adalah baru
sahaja menjadi bulan purnama pada 9 hari bulan
yang lalu, cahayanya
akan cukup terang untuk menghalang kebanyakan meteor dari dapat
dilihat dengan mata kasar.Namun
jika anda sabar menunggu, saya
percaya pasti anda akan apat melihat beberapa meteoryang terang dan
juga fire ball.
Buruj Perseus yang menjadi titik utama pancaran hujan meteor pula akan mula naik dari horizon pada pukul
1.11 minit pagi (12 Ogos). Maka pertunjukan 'bunga api' ini akan berlangsung awal pagi.
Jadi bagi sesiapa yang masih ingin melihat peristiwa ini, anda dinasihatkan'untuk menunggu selepas pukul 12
malam ini sehingga pagi.Penantian anda pasti akan disambut dengan beberapa meteor (atau lebih dikenali sebagai tahi bintang)
jika keaadaan langit mengizinkan.
Buruj Perseus akan mengalami transit pada pukul 7.25.49 pagi esok (12 Ogos).-ASTROMAS