Make your own free website on Tripod.com

banner.jpg

Pusat Bima Sakti

Utama
Kelab Astronomi
Artikel
Astrofotografi
Fenomena
Aktiviti
Pautan
Peta Bintang

Jika anda ada artikel untuk disumbangkan, hantarkan kepada kami di link 'hubungi kami' atau e mailkan ke hubungi_astromas@yahoo.com

Oleh : Ibnu_ali
Imej Kredit: Chandra
22/7/2006
 

20060719-milkyway.thumbnail.jpg

Pusat galaksi Bima Sakti adalah kawasan kejiranan yang padat dan sentiasa tidak berkeadaan aman, menurut imej dari Balai Cerap X-ray Chandra milik  NASA. Di pusat galaksi ini terdapat satu lohong bintang yang amat besar, 3.6 juta kali lebih dari matahari. Lohong hitam inilah yang memegang semua bintang, batuan angkasa dan  gas untuk  terus mengorbitnya. Bukan itu saja, kawasan padat ini juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang saling mempengaruhi satu sama lain.

Gambar X-ray ini menunjukan tiga kelompokan bintang (star cluster) yang aktif, Arches (atas tengah), Quintuplet (atas kanan), dan kelompokan GC (tengah bawah) yang mana berada berdekatan dengan lohong hitam yang dikenali sebagai Saggitarius A. Kelompokan bintang yang kelihatan sangat terang ini , kelihatan sebagai punca kepada sinaran X-ray apabila permukaan mereka ditiup oleh angin dari bintang yang sedang mengorbit berdekatan.

Bintang-bintang ini akan melepaskan tenaga yang kuat apabila mereka menghampiri akhir hayat mereka, iaitu apabila menjadi letupan supernova. Letupan ini kemudiannya akan memanaskan jirim-jirim  disekitar bintang lain yang akan membawa kepada pembentukan bintang baru. Bintang yang berada berhampiran pusat galaksi juga memancarkan sinar X-ray iaitu apabila mereka menjadi  bintang neutron atau lohong hitam.

Selain sibuk dengan kehidupan yang lasak di pusat galaksi, bintang-bintang ini juga tidak lepas dari berinteraksi dengan objek astronomi yang berdekatan. Pertembungan antara kelompokan bintang ini dengan awan gas yang lebih sejuk dan padat akan membawa kepada pembentukan bintang baru yang lebih padat dari bintang yang sedia ada. Pertembungan yang hebat ini juga dipercayai menjadi punca pembebasan sinar X-ray di kawasan ini.

 

Sumber asal: Laporan Berita Chandra

   

We may make past editions of the newsletter available for download.